Thursday, June 3, 2010

TRIFLLE

bahan-bahan yang diperlukan

  • kek swiss roll (saya suka flavor pandan @ strawberry)
  • fruit cocktail 1 tin
  • buah peach 1 tin
  • jelly 2 kotak (saya prefer NONA,flavor strawberry)
  • whipped cream/fresh cream
  • strawberry jam
  • tepung custard
  • susu Ideal / low-fat milk
  • gula
  • 1 cawan air

cara-cara memasak :

  1. potong kek swiss roll,dan susunkan dalam bekas kaca rata dan padat. (bekas kaca supaya akan nampak lapisan triffle tu nanti)
  2. sapu strawberry jem atas lapisan kek tadi.
  3. kemudian masakkan jelly NONA. (cara memasak jelly ada ditulis dibelakang kotak). selepas jelly masak, tuangkan jelly keatas lapisan kek dan jem strawberry td.
  4. seterusnya tuangkan fruit cocktail ke atas lapisan tersebut. (tidak perlu mengambil juice cocktail. hanya buah)
  5. biarkan jelly agak sejuk dan keras sedikit. kemudian masakkan custard. (cara memasak tepung custard : didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air. kalau custard agak cair,tambah kan lagi tepung. Masak dengan api yang sederhana dan dikacau sentiasa supaya tidak berbiji dan berkerak)
  6. kemudian, pukul whipped cream/fresh cream sehingga kembang dan tuangkan keatas lapisan tepung custard tadi.
  7. dan akhir sekali,letakkan potongan buah peach keatas lapisan whipped cream.

**sejukkan triflle satu malam sebelum dihidangkan. kalau time cuaca panas,makan triffle memang best. triflle juga boleh dihidangkan bersama ice cream vanilla. Selamat Mencuba!!

BON APPETIT~

No comments:

Post a Comment