Thursday, June 3, 2010

FETTUCINI SEAFOOD CARBONARA

bahan-bahan yang diperlukan
  • fetuccini
  • minyak zaitun
  • 1 tin sos carbonara (pakai je brand prego,senang)
  • 1/2 tin sup cendawan (brand campbell)
  • 1/2 cawan susu low-fat
  • 1 tin cendawan (yang siap dihiris.kalau tak,hiris sendiri pun takpe)
  • 2 sudu besar oregano
  • bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 sudu besar butter
  • lada hitam
  • garam
  • udang
  • sotong
  • kepah
  • isi ayam

**anda boleh memasukkan jumlah udang,sotong,kepah dan isi ayam mengikut citarasa anda**

cara-cara untuk memasak :

  1. rebus fettucini bersama sedikit minyak zaitun. sesudah masak,tuskan dan asingkan di tepi.
  2. panaskan periuk dengan butter serta sedikit minyak zaitun, dan tumiskan bawang besar,bawang putih,oregano sehingga naik bau.
  3. setelah itu,masukkan cendawan,udang,sotong,kepah dan isi ayam. sehingga separa masak. taburkan sedikit garam mengikut citarasa anda.
  4. tuangkan sos carbonara dan mushroom soup. kacau sehingga rata.
  5. kemudian masukkan susu dan kacau sehingga masak.
  6. setelah sos carbonara masak,tuangkan keatas fettucini. dan taburkan sedikit lada hitam

** anda juga boleh menaburkan cheese parmesan diatas fetuccini atau memasakkan sekali cheese tersebut di dalam sos carbonara sehingga cair. Sos carbonara ini juga boleh dimakan bersama garlic bread.. nyum nyum~ Selamat Mencuba!!

BON APPETIT~

1 comment:

  1. produk prego halal ke? i nak masak sendiri... kalau setakat prego tu tak payalah nak tunjuk pandai...... apelah

    ReplyDelete