Tuesday, June 15, 2010

TUNA MACARONI & CHEESE

bahan-bahan yang diperlukan :-
  • macaroni - 1 paket
  • mozarella cheese - 1 paket
  • tuna in a water - 2 tin
  • campbell mushroom soup - 2 tin
  • button mushroom - 1 tin (yang dah di slice)
  • susu low fat - 1/2 cawan
  • celery - 4 batang (potong halus2)
  • garam (secukup rasa)
  • black pepper - 1 sudu kecil
  • bawang besar - 2 biji dipotong dadu
  • bawang putih - 2 ulas dipotong halus
  • oregano - 4 sudu besar
  • minyak zaitun - 2 sudu besar
cara-cara untuk memasak :-
  1. rebus macaroni sehingga lembut dan masukkan ke dalam casserole

  2. panaskan minyak zaitun. kemudian masukkan bawang besar, oregano dan bawang putih. tumis sehingga agak layu dan naik bau.
  3. selepas itu masukkan sup campbell dan susu. kacau sehingga rata. terus masukkan tuna (air tuna di tus terlebih dahulu) dan cendawan yang sudah dihiris. hancurkan tuna itu,kemudian tabur garam dan black pepper. masakkan sehingga mendidih.
  4. terus masukkan celery tadi,dan biarkan dalam 3 minit dengan api yang sederhana.

  5. kemudian tuangkan masakkan sup dan tuna tadi ke dalam casserole macaroni dan ratakan.

  6. akhir sekali taburkan cheese mozarella keatas macaroni dan bakar kan ke dalam ketuhar dengan suhu 22o'c selama 10-15 minit
  7. ** Selamat Mencuba!!

BON APPETIT~





Thursday, June 3, 2010

PEDAL AYAM MASAK CILI API

bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 paket pedal ayam (beli je kat tesco/giant/carrefour yang dah siap dibersihkan)
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam
  • kicap manis & kicap masin
  • segenggam cili api (atau mengikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • bawang besar dihiris
  • minyak masak

cara-cara untuk memasak :

  1. basuh pedal sehingga bersih. setelah bersih,potongkan pedal kepada beberapa bahagian kecil. (boleh potong 4).
  2. rebus pedal dalam 10 minit. kemudian tuskan pedal tersebut.
  3. kemudian gaulkan pedal dengan serbuk kunyit sehingga rata. letak secubit garam.
  4. panaskan kuali dengan minyak masak. setelah minyak panas,masukkan pedal tadi,dan goreng sehingga masak.
  5. jika pedal sudah masak,angkat pedal tersebut dan asingkan ditepi.
  6. seterusnya kisar/blend bawang merah,bawang putih dan cili api sehingga lumat.
  7. dan tumiskan ia bersama bekas minyak goreng pedal td. masukkan kicap manis dan kicap masin mengikut citarasa anda. kemudian masukkan hirisan bawang besar
  8. agak-agak tumisan itu dah masak dan kering tutupkan api,gaulkan pedal tadi bersama tumisan itu sehingga rata.

** lauk pedal ini boleh dimakan bersama nasi panas dan telur dadar. sangat menyelerakan. juga boleh diratah bersama roti. Selamat Mencuba!!!

BON APPETIT~

FETTUCINI SEAFOOD CARBONARA

bahan-bahan yang diperlukan
  • fetuccini
  • minyak zaitun
  • 1 tin sos carbonara (pakai je brand prego,senang)
  • 1/2 tin sup cendawan (brand campbell)
  • 1/2 cawan susu low-fat
  • 1 tin cendawan (yang siap dihiris.kalau tak,hiris sendiri pun takpe)
  • 2 sudu besar oregano
  • bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 sudu besar butter
  • lada hitam
  • garam
  • udang
  • sotong
  • kepah
  • isi ayam

**anda boleh memasukkan jumlah udang,sotong,kepah dan isi ayam mengikut citarasa anda**

cara-cara untuk memasak :

  1. rebus fettucini bersama sedikit minyak zaitun. sesudah masak,tuskan dan asingkan di tepi.
  2. panaskan periuk dengan butter serta sedikit minyak zaitun, dan tumiskan bawang besar,bawang putih,oregano sehingga naik bau.
  3. setelah itu,masukkan cendawan,udang,sotong,kepah dan isi ayam. sehingga separa masak. taburkan sedikit garam mengikut citarasa anda.
  4. tuangkan sos carbonara dan mushroom soup. kacau sehingga rata.
  5. kemudian masukkan susu dan kacau sehingga masak.
  6. setelah sos carbonara masak,tuangkan keatas fettucini. dan taburkan sedikit lada hitam

** anda juga boleh menaburkan cheese parmesan diatas fetuccini atau memasakkan sekali cheese tersebut di dalam sos carbonara sehingga cair. Sos carbonara ini juga boleh dimakan bersama garlic bread.. nyum nyum~ Selamat Mencuba!!

BON APPETIT~

TRIFLLE

bahan-bahan yang diperlukan

  • kek swiss roll (saya suka flavor pandan @ strawberry)
  • fruit cocktail 1 tin
  • buah peach 1 tin
  • jelly 2 kotak (saya prefer NONA,flavor strawberry)
  • whipped cream/fresh cream
  • strawberry jam
  • tepung custard
  • susu Ideal / low-fat milk
  • gula
  • 1 cawan air

cara-cara memasak :

  1. potong kek swiss roll,dan susunkan dalam bekas kaca rata dan padat. (bekas kaca supaya akan nampak lapisan triffle tu nanti)
  2. sapu strawberry jem atas lapisan kek tadi.
  3. kemudian masakkan jelly NONA. (cara memasak jelly ada ditulis dibelakang kotak). selepas jelly masak, tuangkan jelly keatas lapisan kek dan jem strawberry td.
  4. seterusnya tuangkan fruit cocktail ke atas lapisan tersebut. (tidak perlu mengambil juice cocktail. hanya buah)
  5. biarkan jelly agak sejuk dan keras sedikit. kemudian masakkan custard. (cara memasak tepung custard : didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air. kalau custard agak cair,tambah kan lagi tepung. Masak dengan api yang sederhana dan dikacau sentiasa supaya tidak berbiji dan berkerak)
  6. kemudian, pukul whipped cream/fresh cream sehingga kembang dan tuangkan keatas lapisan tepung custard tadi.
  7. dan akhir sekali,letakkan potongan buah peach keatas lapisan whipped cream.

**sejukkan triflle satu malam sebelum dihidangkan. kalau time cuaca panas,makan triffle memang best. triflle juga boleh dihidangkan bersama ice cream vanilla. Selamat Mencuba!!

BON APPETIT~

Wednesday, June 2, 2010

SANDWICH TELUR

bahan-bahan yang diperlukan :
  • roti (saya tetap suka Gardenia)
  • telur 3 biji
  • mayonis 2 sudu besar
  • daun sup dihiris halus
  • bawang besar dipotong dadu
  • garam
  • butter

cara-cara memasak :

  1. rebus 3 biji telur sehingga masak
  2. setelah masak, lenyek telur tersebut dan masukkan mayonis,daun sup,bawang besar dan secubit garam. gaul sehingga rata.
  3. akhir sekali,sapukan roti dengan butter dan telur yang telah digaul.

**boleh dihidangkan bersama mushroom soup. boleh dimasak dengan senang setelah adanya jenama SOUP CAMPBELL,yay!! Selamat Mencuba!!

CHEESE FRENCH TOAST

bahan-bahan yang diperlukan :

  • roti (saya suka Gardenia!!)
  • telur
  • susu low-fat 4 sudu besar
  • gula 1 sudu besar
  • garam secubit
  • butter
  • cheese

*bahan ini boleh memasak untuk 4 keping roti = 2 set cheese french toast!

cara-cara memasak :

  1. 1 biji telur dikacau sehingga bercampur kuning dan putih
  2. masukkan susu,gula dan garam ke dalam telur,dan kacau sehingga sebati
  3. kemudian celupkan 2 keping roti (satu persatu) kedalam bancuhan telur dan letakkan cheese diantara roti.
  4. dah masakkan roti tersebut diatas "pan" yang telah dipanaskan dan disapu dengan butter.
  5. roti akan masak setelah cheese cair dan roti berwarna kuning-kekuningan

**hidangkan ketika masih panas.

tips : cheese juga boleh digantikan bersama dengan tuna atau sardin. Selamat Mencuba!!

BON APPETIT~

"MEE SEDAP" DAGING

bahan-bahan yang diperlukan :
  • mee sedap (perisa asli, 1 bungkus ada 5 paket kecil)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • bawang besar (dipotong dadu)
  • cili capsicum (dipotong dadu)
  • garam
  • lada putih
  • oregano 2 sudu kecil
  • daging kisar 1 paket (saya pakai Ramly)

cara-cara untuk memasak :

  1. daging kisar dibasuh bersih dan dimasak diatas "pan" untuk mengeringkan air daging
  2. mee sedap direbus terlebih dahulu dan dituskan sesudah masak
  3. bawang putih,bawang besar,cili capsicum dan oregano ditumis sekali sehingga naik bau
  4. kemudian masukkan daging ke dalam tumisan tadi dan tambahkan garam secukup rasa
  5. campurkan bahan-bahan yang ada didalam bungkusan mee sedap ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi
  6. dan akhirnya masukkan mee yang sudah ditus serta gaulkan bersama sehingga rata.

** mee sedap daging ini juga sesuai dihidangkan bersama ayam goreng. dan saya suka goreng drumet bersalut tepung pedas dari ayamas. Selamat mencuba!!!

BON APPETIT~

BEEF PATTIES

bahan-bahan yang diperlukan :
  • daging cincang 1 paket ( untuk 2 beef patties, dan saya menggunakan jenama Ramly)
  • 3 ulas bawang putih

  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu,halus)

  • 3 biji bawang merah

  • cendawan dalam tin (yang sudah di'slice')

  • 1 sudu teh sos tiram

  • lada putih (white pepper)

  • minyak

cara-cara untuk memasak

  1. kisar/blend bawang merah dan bawang putih sehingga lumat

  2. kemudian bawang itu dimasukkan ke dalam daging cincang yang sudah dibasuh dengan bersih

  3. masukkan sos tiram dan lada putih secukup rasa

  4. juga masukkan bawang besar yang dipotong dadu dan juga cendawan mengikut citarasa masing-masing

  5. kemudian gaulkan sehingga sebati semua bahan-bahan

  6. daging yang sudah siap digaul dibentukkan supaya menjadi seperti bentuk burger yang tebal

  7. kemudian daging itu dimasak dengan kuantiti minyak yang sedikit dan api yang sederhana(supaya isi daging akan masak dengan rata)

**beef patties ini sesuai dihidangkan dengan coleslow,mash potato dan garlic bread. untuk lebih kelazatan,masakkan mushroom sauce atau blackpepper sauce.

tips : mash potato,coleslow,garlic bread,mushroom & blackpepper sauce boleh dibeli di pasar raya jikalau anda malas untuk memasak. :)

BON APPETIT~

PENGENALAN

helo :)

thank you for dropping by my blog..
di blog ini akan saya tuliskan resipi yang simple-simple
yang mudah,cepat,senang dimasak dan paling penting sedap dimakan.

kalau rajin,mari lah kita berkongsi resipi! :)

ps : blog resipi saya tidak mempunyai gambar. kerana saya baru terlintas untuk menulisnya. jika berkesempatan untuk memasak resipi-resipi yang ada,nanti saya akan upload kan gambar.